Photobucket - Video and Image Hosting



Jun 14, 2006
.::bacalah dgn rela hatimu::.

Sebuah Memori Gila


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor,kotak pensil, tali kasut dan
pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Malangnya
percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah
mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak
lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia
menjadi tuan rumah world cup.


Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu
memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah
keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku
bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,
apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi fungsi setelah aku
tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-
set.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di
dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai
sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu
mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1ke ruang
angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak
dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak
diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual
dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih
cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu
yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi
hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar
mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai
tanda aku tidak bersalah.

Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah
kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga
kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.
aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau
timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan
yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor lembu
dan 386 ekor anak beruang. Dan kini segala harapanku hancur berkecai
bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara
Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya
digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu
berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun berakhir. Aku
sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku
bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga
bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari
kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak
perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang
ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan
dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku
cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun
berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan
kembali.

Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO,
selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan
wang simpanan pekerja tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari
terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia
belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang
elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti,
aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?..

 Moral: bercintalah dgn org yang tak mengaku dirinya gila


 


Posted at 03:20 pm by firdauz
Make a comment  

May 31, 2006
~::STAND TOGETHER::~

Here we are living in this world
A journey to the end
We are servants
We bow to Allah
From Him a helping hand
We are different races
From countries far and wide
Together we can face it
Uphold what’s pure and right
We can stand and work hand in hand
We’re stronger when we unite
Share the words and spread the truth
With Iman Allah’s light
In our hearts can’t fake it
When Allah’s love embraced
Together we can make it
The world a better place
Everything in life
We can take everything in stride
‘Cause we live in this worldly life
Can only try
Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try

And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another
And in team we should stay
Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night


Posted at 02:59 pm by firdauz
Make a comment  

May 30, 2006
~::`Bagai Bintang Di Surga`::~

Masih ku merasa angkuh
Terbang kenanganku jauh
Langit kan menangkapku
Walau kan terjatuh

Dan bila semua tercipta
Hanya untukku merasakan
Semua yang tercipta
Hampa hidup terasa

Lelah tatapku mencari
Arti untukku membagi
Menemani langkahku
Namun tak berarti

Dan bila semua tercipta
Tanpa harus ku merasakan
Cinta yang tersisa
Hampa hidup terasa

Bagai bintang di surga
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata


Posted at 08:51 pm by firdauz
Make a comment  

~::SEBAIK BAIK MANUSIA::~

Daripada Abdullah bin Busr Al-Aslami (R) katanyaa Sabda Rasulullah (Sallahu Alaihi Wasallam), Sebaik-baik manusia ialah mereka yang panjang umurnya dan baik amalannya (Tarmizi)

Dalam hadis ini Rasulullah (Sallahu Alaihi Wasallam) menerangkan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang panjang usianya dalam amal kebaikan. Mereka mengisi kehidupannya dengan perkara yang berfaedah dunia dan akhirat. Makin lama hidupnya makin banyak amal dan jasanya.

Kesimpulan umur seseorang adalah modal yang dikurniakan kepadanya untuk diperniagakan sepenuhnya dalam kehidupan. Oleh itu janganlah mensia-siakan umur yang amat berharga ini.


Posted at 06:17 am by firdauz
Make a comment  

~::Kisah Khusyuk Dalam Solat::~

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan mengangg ap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya,kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.


Posted at 06:14 am by firdauz
Make a comment  

May 26, 2006
~Pemergianmu~

Ya Rasulallah...

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira'
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia 'kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu .......


Posted at 09:43 am by firdauz
Make a comment  

~KEGAGALAN~


"Gagal dalam kemuliaan adalah lebih baik daripada menang dalam kehinaan. Orang yang gagal sekali-kali tidak rugi, selagi dia belum berputus asa. Kalau sekali maksud belum sampai, janganlah patah harapan."

Posted at 09:35 am by firdauz
Make a comment  

~Taman Firdausy~

Indahnya taman Firdausi
Tak terbayang di mata
Tak terjangkau di hati
Kurniaan yang abadi
Itulah taman syurga tertinggi
Bagi mukmin yang sejati
Di sana tiada derita
Bahkan usia ‘kan kekal remaja
Wajah ceria berseri
Tanda nikmat tak terperi
Indahnya syurga itu janjiNya
Bagi insan yang bertaqwa
Bidadari dan para pemuda syurga
Bagaikan kilau mutiara
Sungai yang mengalir beraneka rasa
Limpah rahmat Yang Esa
Tiada duka tiada resah
Dan tiada jemu yang melanda
Di sanalah keindahan
Kebahgiaan jiwa yang hakiki
Selamanya

Posted at 09:24 am by firdauz
Make a comment  

May 18, 2006
~Bila manaa......~

........
kenal diri dulu itu,
zarah nafsu berlingkar pusat tertumpu,
lukislah, gengamlah bintang di langit,
biar berdebu telapak rezeki ini,
hadirnya seperti kusuf yang menyala,
membakar bara, tertuba jiwa lara,
kesat, buang kaca kaca deriamu,
bermuka muka disebalik raut duka,
sasar lagi, mata hati terputar menjeling,
mengunjung entah bila, melangkah ntah mana,
biar hati pedih tahu makna dosa noda,
masakan tampak erti gembira, tika didih meluap rasa,
suku malam method bahagia menjemput datang,
beza dunia, bila mana sahut itu menjelma tiba,
doakan ditunjuki...........


Posted at 09:28 am by firdauz
Make a comment  

~20 jenis musuh iblis~

Pada suatu hari,Rasulullah SAW bertemu dgn iblis lalu baginda bertanya kpdnya, "Siapakah org yg paling engkau benci?" Jawab iblis, "Aku benci kpd 20 jenis umatmu".

1. Engkau sendiri wahai Muhammad
2. Org yg beramal dgn ilmu
3. Org yg mengamalkan isi ajaran al-Quran
4. Org yg melaungkan azan utk solat fardu
5. Org yg mengasihi org miskin dan anak yatim
6. Org yg penyayang
7. Org yg tunduk pada kebenaran
8. Org muda yg taat kpd Allah SWT
9. Org yg menjaga makanannya(makanan halal)
10. Org muda yg saling berkasih sayang kerana Allah SWT
11. Org yg solat berjemaah
12. Org yg solat Tahajjud
13. Org yg menjaga dirinya drpd perkara haram
14. Org yg menasihati saudaranya dgn ikhlas
15. Org yg sentiasa mengekalkan wudhuknya
16. Org yg murah hati
17. Org yg berakhlak mulia
18. Org yg yakin dgn jaminan rezeki drpd Allah SWT
19. Org yg berbuat baik terhadap janda(menjaga
kebaikan mereka)
20. Org yg bersedia utk mati

Kesimpulan: Maka sesiapa di antara kamu yg menjadi musuh kpd iblis,maka bersabar dgn segala gangguan jahat tetapi berbahagialah kamu menjadi umat Muhammad SAW di akhirat nanti kerana Nabi SAW juga menjadi musuh iblis.Jika sesiapa diantara kamu menjadi sahabat kpd blis,maka berbahagialah kamu di dunia,sengsaralah di akhirat dan kamu bukan dari umat Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam..Smile


Posted at 12:13 am by firdauz
Make a comment  

Next Page

   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

clocksforwebFree!
Photobucket - Video and Image Hosting

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed